Buat Duit Blog

Lelaki Muallaf Ini Terima RM18K Dalam Masa Sehari!

0

Masih ingat lagi dengan kisah muallaf yang kami pernah kongsikan sebelum ini? Kisah dimana seorang lelaki bertemu dengan Azman yang baru sahaja ‘berhijrah’ dan dibuang keluarga dan kini bekerja dengannya.

Atas perkongsian kami sebelum ini, kisah tersebut telah menjadi viral dan mendapat perhatian oleh ramai pihak. Difahamkan, Azman telah menerima bantuan sumbangan dan sedang mendalami agama islam.

Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Alhamdulillah, inilah hikmah disebalik dugaan yang menimpa dirinya sebelum ini telah mengubah hidupnya.

Abang nak tahu tak, semalam akaun saya kosong, pukul 9 tadi saya pergi bank depan tu sekejap dah ada…

Azman1-473x630

Jom makan azman, pelawa aku.

Buat Duit Blog

Azman baru selesaikan kerjanya. Sambil mengambil telefon bimbitnya yang hari ini saban hari berdering tanpa henti.

Tiba-tiba…

Abang, siapa Abu Hannah? Hari ni ramai telefon saya, dan tanya pasal saya. Dan abang nak tahu tak, semalam akaun saya kosong, pukul 9 tadi saya pergi bank depan tu sekejap dah ada Rm 1200. Lepas tu ramai tanya khabar saya. Diorang tahu saya dimana. Ada yang cakap nama Abu Hannah. Siapa tu abang? , tanya Azman sambil membantuku menutup pintu pejabat.

Erkk… Masak…. Depa ni betoi laa tak boleh kawtim…,” bisik aku dalam hati sambil buat2 menjawab telefon dan menuju ke ruang parkir.

Abang kenal tak Abu Hannah?,” ulang Azman sedikit tinggi suaranya.

Entah, sape dia Azman? Tanyalah diorang. Diorang telefon kau, bukan aku. “, jawab aku sambil membuka bonet.

Saya pelik. Siapa bagi saya duit abang. Nak cakap terima kasih diorang tak angkat saya call. Cuma tanya nama saya lepas tu terus letak telefon. Mungkin Pejabat Agama tolong kott… ,” jawab Azman sambil menaip sesuatu di telefon orennya.

Tak kott… Allah lah bantu. Ini semua kerja Allah. Kita kenal ni pun Allah tentukan Azman.. Ko syukur dalam hati lagi baik…. Semalam kau ada cakap nak beli motor secondhand kan? Yang murah2? Tu Allah dengar doa tu. Kumpul sikit duit, dah cukup nanti kita cari sama2. Deal?,” jelasku sambil memandu.

Rupanya orang Islam ni suka muallaf yer abang? Saya kat masjid dulu pun ada orang bagi duit.,” jawab Azman sambil memandang luar.

Kau tahu apa asas dalam Islam? Kesatuan dan keyakinan. Brotherhood!!! Kau susah aku susah. Apa aku makan, itulah kau makan Azman. Kalau kau sedih, kau pasrah doa jer pada Allah. Kau mengadu jer semuanya… ” , jelasku sambil menukar siaran radio yang kian mengarut.

Kalaulah emak ayah saya ada lagi kan abang, saya ajak diorang ikut saya. Tapi saya lambat, diorang dah takde,” jawab Azman dgn nada bergetar.

Aku diam. Baru aku faham kenapa dia selalu sebut menyesal lambat kenal Islam. Baru aku faham kenapa dia asyik menangis aminkan doa aku selepas solat.

Terima kasih kawan2. Sebenarnya aku terkejut dengan jumlah yang kalian dermakan.

Biarlah semua ini menjadi saksi dihadapan Tuhan.

Andainya inilah antara kebaikan kita yang akan mendekatkan kita dengan rahmat Tuhan.

Cuma tolong rahsiakan pasal status di FB ni. Azman jenis berdikari. Dia tak nak nampak seperti menagih simpati.

Terima kasih kawan.

Sollu’alannabiii…

Daripada status Facebook yang dimuat naik oleh Abu Hannah pada 1 Oktober lepas, Azman ada menerima tawaran daripada Jabatan Agama Islam untuk menghantarnya ke Kelantan selama 4 tahun untuk belajar ilmu agama islam dengan lebih dekat lagi.

Namun begitu, dia menerima respon positif dan tidak kurang juga negatif daripada netizen. Oleh itu, dia menjelaskan bahawa ini hanyalah bantuannya yang termampu.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, sehari selepas kisahnya menjadi viral. Azman tidak putus-putus menerima sumbangan, hasilnya amat memeranjatkan!

Terima kasih kawan2 semua….

Azman3-473x630

Terima kasih kawan2 semua….

Ini jumlah kutipan duit derma untuk Azman dalam akaun dia.

Azman bagi tahu aku. Siapa terdesak nak pakai duit boleh hubungi dia.

Aku sampaikan sahaja.

Pengumuman…

Saya dah padam nombor akaun Azman dalam status saya.

Saya rasa wang derma sudah melebihi yang sepatutnya.

Saya ada upload video Azman nak sampaikan pesanan.

Tapi internet terlalu perlahan. Ada beberapa perkara yang ingin dia sampaikan.

Insyaallah nanti sama2 kita saksikan.

Terima kasih kawan2. Mudah-mudahan semua ini menjadi saksi di hadapan Tuhan.

Azman cuma satu. Dan alhamdulilah dalam FB yang saya nampak penuh elemen kebencian ini, masih tinggi nilai keprihatinan dan kasih sayang.

Jadi, semoga bukan hanya muallaf sahaja kita bantu, malah semua makhluk ciptaan Tuhan juga akan kita beri perhatian.

Kerna ini amanah kita sebagai khalifah dimuka bumi amanah dari Tuhan.

Sollua’lannabii….

Azman kirim salam…

Dengan ini diumumkan, semua bentuk sumbangan harap diberhentikan. Sudah lebih dari mencukupi.

Terima kasih kawan2…

Saya akan memadamkan semua nombor akaun Azman bagi menghentikan sumbangan yang tidak putus2.

Semoga kebaikan kalian ini akan menjadi saksi dihadapan Tuhan.

Atas nama Islam, kita semua menjadi saudara.

Ini ada sedikit pesanan dan ucapan saudara Azman.

Sekian.

Sollua’lannabii…

Seperti yang dikatakan tadi, hikmah disebalik dugaan yang menimpa dirinya sebelum ini, berkat daripada ketekunan dan kecekalannya, Azman mendapat rezeki yang melimpah-limpah. Bukan sahaja dari segi kewangan bahkan jodoh untuk dirinya.

Tahniah diucapkan kepada Azman, semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin

Sumber: Facebook Abu Hannah, Ohbulan

783 total views, 6 views today

Premium WordPress Themes

Share.

About Author

Seorang penulis blog aktif di blog ahmadFaiz.com dengan tujuan memberikan ilmu tentang wordpress, tips blogging dan juga bisnes.

Leave A Reply