Buat Duit Blog

Dakwaan Penemuan Bangkai Pesawat MH370 : Polis Filipina Bingung

0

KOTA KINABALU, 11 Okt: Polis di selatan Filipina bingung dengan dakwaan penemuan bangkai pesawat yang dipercayai MH370 di dalam hutan di sebuah pulau terpencil  di Tawi-Tawi.

gambar mh370

Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Pegawai kanan polis Filipina di Wilayah Autonomi Islam Mindanoa berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai pesawat terhempas.

“Kami akan melakukan pemeriksaan tetapi sekiranya terdapat mana-mana pesawat terhempas di dalam wilayah ini, orang awam pastinya akan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Sehingga hari ini, tiada laporan diterima,” kata pegawai kanan polis, Superintendan Rodoleo Jocson memetik laporan dari mStar Online.

Buat Duit Blog

Jocson turut berkata beliau pelik dengan dakwaan penemuan bangkai pesawat di Pualau Sugbay, Tawi-Tawi.

“Tiada sebarang laporan polis dibuat kepada balai polis di wilayah Tawi Tawai mengenai penemuan bangkai pesawat,” kata Jocson.

Terdahulu, seorang juruteknik berusia 46 tahun, Jamil Omar, membuat laporan di balai polis Sandakan yang mengatakan saudaranya dari Pulau Sugbay menemui sebuah bangkai pesawat pada awal September lalu. – SeriusMedia.com

1,246 total views, 2 views today

Premium WordPress Themes

Share.

About Author

Seorang penulis blog aktif di blog ahmadFaiz.com dengan tujuan memberikan ilmu tentang wordpress, tips blogging dan juga bisnes.

Leave A Reply