Buat Duit Blog

Bagaimana Seorang Petani Membeli Kereta BMW Secara Tunai?

0

Beli kereta tunài~

Sewaktu saya kuliah di Medan Indonesia, saya berkenalan dengan salah satu suku kepulauan Melayu atau “Malay Archipelago” yang tidak suka berhutang.

Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Namanya, Batak Karo.

Sumber ekonomi utamanya adalah bertani di Brastagi – Kabanjahe. Antara pusat pertanian berpenghasilan tinggi di Indonesia. Dulu, Syarikat Maggi import cili dari sana. Sayur kobis yg kita makan juga dari sana. Dibawa masuk dari Medan – Pelabuhan Klang – Pasar Borong.

Bisnes utama saya saat itu adalah sewa kereta atau orang sana sebut “rental mobil”. Maka, saya banyak berkenalan rapat dengan rakan dealer kereta.

Buat Duit Blog

“Ada ke orang Medan yg beli mobil cash?”, tanya saya kepada dealer.

“Ada. Orang Batak Karo itu. Mana mau dia utang-utang. Lebih sanggup dia menabung daripada beli mobil utang”, ujarnya bercerita pengalaman menjual kereta bertahun-tahun.

petani beli kereta tunai

Lihat Saudara, petani saja mampu membeli kereta secara tunai. Apatah lagi doktor, peniaga, engineer, ahli ekonomi dan lain-lain tenaga pakar? Hari ini, anak orang Batak Karo itu banyak masuk Universiti (disana tidak ada PTPTN), menguasai posisi penting pentadbiran Negeri, peniaga, dan ramai profesional.

Pelajaran berharga ini juga memotivasi saya hanya membeli “tin” dan “besi” ini secara tunai. Dari proton Wira hingga BMW. Tak penting jenama apa, baru atau terpakai. Ikut keselesaan. Yang penting dibeli tunai. Insyaallah berkah~

Sumber: Facebook

1,468 total views, 2 views today

Premium WordPress Themes

Share.

About Author

Seorang penulis blog aktif di blog ahmadFaiz.com dengan tujuan memberikan ilmu tentang wordpress, tips blogging dan juga bisnes.

Leave A Reply