Buat Duit Blog

BNM Batal 3 Kebenaran Kepada 1MDB Untuk Pelaburan Luar AS$1.83 bilion

0

Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion.

zeti aziz

Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu menyatakan ia turut meminta 1MDB untuk membawa balik jumlah wang ke Malaysia dan mengemukakan kepada BNM perancangannya berkaitan perkara itu.

Di bawah siasatannya, BNM merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

“Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. BNM menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA,” menurutnya.

Buat Duit Blog

Sebagai hasil daripada siasatan, BNM menyatakan ia mencadangkan Peguam Negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA.

“Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada Peguam Negara,” menurutnya.

BNM menyatakan ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sumber: Berita Harian

2,022 total views, 3 views today

Premium WordPress Themes

Share.

About Author

Seorang penulis blog aktif di blog ahmadFaiz.com dengan tujuan memberikan ilmu tentang wordpress, tips blogging dan juga bisnes.

Leave A Reply