Buat Duit Blog

Wanita Tersilap Titis “Super Glue” Dalam Mata

0

ANTANA, Florida: Seorang wanita secara tidak sengaja telah menitiskan gam “super” dalam mata menyebabkan matanya cedera tidak dapat dibuka selama beberapa hari.

Kejadian berlaku beberapa minggi lalu apabila semasa Katherine Gaydos sedang membarsihkan halaman menggunakan mesin penyembur daun, matanya telah dimasuki habuk kayu, dengan matanya yang agak kabur itu dia telah terambil gam berkenaan yang terletak hampir dengan ubat penitis mata..

Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

tersalah titis super glue

“Ada benda telah memasuki mata saya, dan saya menjerit meminta tolong mendapatkan ubat titis mata dari dalam beg tangan saya. Sebaliknya mereka memberikan saya gam gajah.

“Sebaik-baik saya menitiskan gam itu ke dalam mata saya, saya terasa mata saya seperti ‘terbakar’ dan saya menjerit meminta supaya menghubungi talian kecemasan 911.”katanya.

Buat Duit Blog

Menurutnya, doktor telah memberikannya antibiotik dan minyak sapu, tetapi doktor berkenaan enggan merawat matanya melainkan dia membuat pembayaran terlebih dahulu.

“Doktor memaklumkan bahawa saya perlu menjalani pembedahan untuk menyelamatkan mata saya, dan saya tidak tahu hendak buat apa. Saya tiada pekerjaan, tiada insurans atau wang,” katanya.

super glue

Seorang doktor lain telah menghubunginya, selepas agensi berita WPBF-TV menyiarkan kejadian itu di televisyen.

“Doktor itu bekerja di tempat yang sama dengan doktor pertama yang merawat saya sebelum itu.”

“Tetapi kali ini saya tidak perlu membayar. Doktor itu hanya meletakkan ubat sapu mata Lidocaine di bahagian atas dan bawah mata saya dan menarik kelopak mata saya sehingga mata saya boleh melihat semula.

masuk super glue dalam mata

“Doktor itu menyuruh saya datang semula untuk membersihkan baki-baki gam yang masih terlekat di kelopak mata saya.” jelasnya.

Gaydos berkata, dia bernasib baik kerana kejadian itu tidak menyebabkan matanya mengalami kerosakan kekal. – SeriusMedia.com

1,436 total views, 2 views today

Premium WordPress Themes

Share.

About Author

Seorang penulis blog aktif di blog ahmadFaiz.com dengan tujuan memberikan ilmu tentang wordpress, tips blogging dan juga bisnes.

Leave A Reply