Buat Duit Blog

Anda Akan Rosakkan iPhone Anda Melalui Charging Dengan 5 Langkah Ini

0

Tidak ramai yang akan tahu tentang perkara ini. Dan apabila kami mengkaji dan research sendiri, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan iPhone anda cepat rosak jika anda tersalah charging iPhone anda.

Anda Akan Rosakkan iPhone Anda Melalui Charging Dengan 5 Langkah Ini

Apa yang kami nyatakan di bawah ini, anda “JANGAN” buat supaya iPhone anda lebih tahan lama lagi.

Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Berikut adalah faktor-faktornya.

#1. Anda Cas Sehingga 100% Full

Mengekalkan cas sehingga penuh pada iPhone anda bukanlah satu idea yang bagus untuk jadikan iPhone anda tahan lebih lama. Malah ada pakar mengatakan ia lebih cepat merosakkan bateri lithium-ions iPhone. Paling Ideal untuk anda cas bateri iPhone anda adalah di antara 80%-90%. Lebih daripada 90% anda terus cabut charger untuk megelakkan bateri iPhone anda mengembang.

bateri iphone

Buat Duit Blog

#2. Anda Biarkan iPhone Anda “Mati”

Jangan sesekali guna iPhone anda sehingga kehabisan bateri. Seharusnya ada pasang amaran pada iPhone anda apabila bateri di bawah 20% dan terus cas pada kadar berkenaan. Ini kerana bateri Lithium-Ions menjadi tidak akan menentu. Jika anda perasan, bateri anda lihat masih lagi 18%, tetapi dalam seminit atau dua minit kemudian terus akan jadi 3%.

#3. Anda Biarkan Bateri Terlampau Panas

Ia bukan saja khusus semasa anda cas iPhone anda, tetapi juga ada beberapa faktor lain. COntohnya terdedah kepada cahaya matahari yang panas terik. Jika anda perasan, iPhone anda akan menjadi lebih lembab dan banyak tersekat-sekat ketika ia panas. Ini kerana iPhone sangat tidak suka kepada panas. Menurut daripada pihak apple sendiri, suhu paling sesuai untuk iphone adalah di antara 16’C sehingga 22’C.

#4. Anda Menggunakan Charger Yang Salah

Pengecas bateri iPhone adalah direka khas di mana apabila iPhone anda mencapai 100% ketika di cas, ia akan mengurangkan kuasa untuk terus sambung ke iPhone anda. Jika anda gunakan charger yang salah, anda tidak akan dapat manfaat ini dan iPhone anda akan menjadi cepat rosak.

#5. Anda Menggunakan Banyak Wireless Charger Terlalu Kerap

Maksud wireless charger di sini adalah seperti casing iPhone yang anda boleh cas tanpa sambung pada mana-mana wayar. Kami rekomenkan kepada anda cuba elakkan membeli casing iPhone yang boleh dicas. Ini boleh menyebabkan iPhone anda over charging dan boleh merosakkan bateri.

1,630 total views, 4 views today

Premium WordPress Themes

Share.

About Author

Seorang penulis blog aktif di blog ahmadFaiz.com dengan tujuan memberikan ilmu tentang wordpress, tips blogging dan juga bisnes.

Leave A Reply