Buat Duit Blog

10 Penginapan Unik Di Malaysia Yang Anda Harus Cuba Sekurang-Kurangnya Sekali Dalam Seumur Hidup

0

Sebelum anda nak bercita-cita nak melancong ke luar negara, apa kata kita terokai dulu habis-habisan tempat pelancongan yang menarik yang terdapat di Malaysia ni.

Apa kurangnya dengan tempat sendiri. Sebenarnya kita belum habis lagi terokai tempat-tempat yang menarik yang ada di Malaysia ni.

Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Di sini kami nak kongsikan kepada anda 10 Penginapan uni yang ada di malaysia.

10 Penginapan Unik Di Malaysia

#1. Time Capsule Retreat di Pahang

tempat menarik di malaysia 1

Terletak di pusat Bandar Sungai Lembing, Kuantan, Time Capsule Retreat yang diuruskan oleh satu keluarga adalah sebuah penginapan yang tenang dan selesa. Konsepnya bermula daripada suatu idea pelik daripada seorang usahawan muda, Kevin Young, 26, bagi meningkatkan potensi resort ayahnya. Menghadap rizab hutan yang rimbun dengan pemandangan yang indah, suhu yang menyejukkan dan suasana yang hebat, Time Capsule Retreat adalah tempat percutian yang cukup sempurna untuk beristirahat dan mencari ketenangan jiwa.

Buat Duit Blog

Bilik-biliknya berbentuk seperti kapsul atau tiub. Setiap kapsul dilengkapi dengan pencahayaan yang mesra, katil bersaiz queen dan sistem penghawa dingin. Namun, penghuni perlu menggunakan bilik mandi berkongsi yang terletak berdekatan sebuah jakuzi terbuka. Lubang telah dibuat pada bahagian atas setiap kapsul untuk membolehkan cahaya semula jadi menerangi bilik.

#2. Terra’s Tree House di Cameron Highlands

tempat menarik di malaysia 2

Terletak jauh dalam kawasan pergunungan di Cameron Highland, dalam hutan yang aman lagi menghijau, Terra’s Tree House menampilkan 6 rumah asli yang dibina daripada buluh dan daun kelapa Nipah, yang menawarkan pemandangan menghadap ke hutan.

Perjalanan ke Terra’s Tree House memerlukan perjalanan off-road menggunakan 4 wheel drive sejauh 4 km selama kira-kira setengah jam diikuti pendakian 400 meter melalui trail curam yand dibina daripada kayu balak, untuk kira-kira 10 hingga 15 minit. Kedengaran seperti pengembaraan yang mencabarkan? Jangan lupa untuk membawa beg galas yang ringan (dan bukannya beg beroda), baju hujan atau payung, lampu suluh, perlengkapan mandian, tuala dan kasut sukan.

#3. Masbro Village, Paya Rumput, Melaka

tempat menarik di malaysia 3

Masbro Village ini baru saja dibuka dan boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk setiap rumah. Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka, kira kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya bersejarah itu. Hotel ini menampilkan gaya butik yang ceria, cantik dan mempersonakan.

Sebuah rumah inap di Masbro Village boleh menempatkan seramai enam orang. Tak perlu risau tentang perut anak isteri yang lapar, kerana Tesco Cheng Stadium Hang Jebat terletak berdekatan, hanya 5 minit berjalan kaki.

Kedudukannya pula tidaklah begitu jauh dari kawasan pelancongan. Tanjung Bidara cuma 12 kilometer, manakala Air Keroh pula 6 kilometer. Pelanggan juga tidak perlu risaukan tentang keselamatan, kerana kawasan ini berpagar.

#4. Bustel, Klebang Melaka

tempat menarik di malaysia 4

Bustel terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Ia adalah pantai tambak yang dihasilkan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kemajuan pelancongan di negeri Melaka.

BUSTEL adalah gabungan perkataan Bus + Hotel. Maksudnya hotel di dalam bas. Sebanyak 44 buah bas yang telah diubah suai menjadi chalet, restoran dan kedai jualan cenderamata.

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan ‘street food’. So, pengunjung memang takkan bosan di sini. Boleh piknik di tepi pantai klebang yang pasir tambaknya masih putih mulus sambil menikmati cendol atau coconut shake. Kalau tak nak piknik di pantai, boleh juga makan dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan sebiji macam dalam kedai makan tu.

#5. The Blue Mansion di Penang

tempat menarik di malaysia 5

The Blue Mansion berdiri anggun melebihi satu abad atas asas yang kukuh dari segi kekayaan seni bina, kebudayaan dan warisan sejarah. Sebagai legasi Cheong Fatt Tze, rumah agam ini dibina pada tahun 1880-an. Rumah agam yang mengagumkan ini terdiri daripada 38 bilik, 220 tingkap dan ditauliahkan oleh Cheong Fatt Tze, seorang pedagang tempatan yang meninggalkan China sebagai remaja yang tidak berharta tetapi berakhir sebagai ‘the Rockefeller of the East‘.

The Blue Mansion menggabungkan reka bentuk Timur dan Barat, dengan tingkap louvre, kaca berwarna seni nouveau dan jubin lantai yang indah. Ia merupakan suatu contoh jarang yang masih kekal ke hari ini, menunjukkan gaya seni bina eklektik yang digemari golongan kaya Cina Selat pada masa itu. Rumah agam ini duduk di atas ‘takhta naga’, yang membawa maksud terdapat suatu gunung (Bukit Penang) di belakang dan air (saluran) di hadapan – tapak ini dipilih kerana feng shui yang amat baik.

#6. Seaventures Dive Resort, Sabah

tempat menarik di malaysia 6

Seaventures Dive Resort , Malaysia. Resort pelantar minyak ini terletak berhampiran pulau Sipadan Sabah. Dimiliki oleh Suzette Harris yang juga merupakan seorang peniaga wanita warga singapura dimana bapanya telah membeli kilang logam , pada tahun 1988.

Seaventures Resort dive mungkin tidak semewah hotel-hotel lain. Tetapi yang membuatkan ia lebih unik dari yang lain ialah ianya satu-satunya hotel di dunia yang menggunakan pelantar minyak sebagai tempat menginap. Kini ia sangat popular dan menjadi tumpuan pelancong dunia.

#7. Eagle Ranch Resort, Port Dickson

tempat menarik di malaysia 7

Eagle Ranch Resort terletak di Pasir Panjang, Port Dickson. Pelbagai jenis penginapan yang terdapat di Eagle Ranch Resort ini ialah bandwagon, log cabin, asrama, kampung house dan chalet. Ada satu jenis lagi iaitu teepee yang menyerupai khemah puak Red Indian.

#8. Tanah Aina Ecotourism Resort, Pahang

tempat menarik di malaysia 8

Tanah Aina ini adalah resort yang di hiasi dengan suasana hutan yang sangat rileks dan santai. Sesuai dengan temanya iaitu Journey Of Love Back To Nature.Tanah Aina menyediakan bilik dan fasiliti yang lengkap untuk pengunjungnya berehat dalam masa yang sama menikmati suasana hutan dan air terjun yang indah dan menenangkan jiwa.

Antara kemudahan yang di sediakan di Tanah Aina ialah tempat beriadah yang lengkap. Korang boleh menikmat susana hutan dan beriadah sepuasnya apabila korang sampai di sini. Antara aktiviti riadah yang boleh korang lakukan ialah Flying Fox, Mandi air tejun, Bowling padang, Main ping pong dan bermacam- macam lagi.

#9. Tubotel di Langkawi

tempat menarik di malaysia 9

Bertempat di Pulau Langkawi, Kedah, Tubotel merupakan pusat penginapan pertama di Malaysia yang menjadikan kolong simen sebagai tempat tidur untuk memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang hadir.

Kolong bersaiz kira-kira lima meter persegi itu dilengkapi dengan katil bersaiz Queen, lampu tidur, penghawa dingin, kipas, soket plug dan juga rak meletak barang. Tubotel menawarkan dua jenis pemandangan yang berbeza iaitu menghadap laut dan juga kawasan taman.

Jika anda memilih tiub yang menghadap laut, dengan hanya berbaring di atas katil sahaja sudah cukup untuk menyaksikan detik terbit atau terbenamnya matahari. Selain itu, lokasi strategiknya yang terletak di penghujung jajaran Pantai Chenang menambahkan lagi keindahan panorama dan suasana di tubotel berbanding hotel-hotel yang lain.

Malah kemudahan ‘WiFi’, Jakuzi, basikal, motor, kereta untuk disewa dan restoran turut disediakan pihak Tubotel.

#10. Container Hotel di KL

tempat menarik di malaysia 10

Hotel butik yang terletak di Jalan Delima, Kuala Lumpur ini menyediakan kelengkapan asas yang mencukupi kepada pengunjung. Kedudukan hotel yang terletak berdekatan kawasan segi tiga emas ibu kota iaitu Bukit Bintang merupakan faktor yang menarik pelancong asing untuk bermalam di situ.

Hotel Container menawarkan tiga pakej utama iaitu Konservatif, Cabaran dan Dorm. Ketiga-tiga pakej itu mempunyai kelebihan dan kesesuaian mengikut bajet dan kemahuan tetamu. Hotel yang menggunakan tujuh kontena berwarna jingga itu dibahagikan kepada tiga tingkat di dalam kawasan seluas 465 meter persegi. Namun, hanya 279 meter persegi tanah sahaja digunakan untuk memuatkan kontena tiga tingkat itu manakala selebih dijadikan kawasan istirehat dan tujuh buah paip konkrit untuk bilik Cabaran.

12,437 total views, 6 views today

Premium WordPress Themes

Source :

Facebook

Share.

About Author

Seorang penulis blog aktif di blog ahmadFaiz.com dengan tujuan memberikan ilmu tentang wordpress, tips blogging dan juga bisnes.

Leave A Reply